Tuesday, January 31, 2012

Tugasan 2 : Menilai Laman Web Sekolah-Sekolah

Format
·         Mesra pengguna, iaitu mudah digunakan.
·         Paparan pada monitor, meliputi kadar kecepatan muat turun, saiz skrin dan sebagainya.
·         Daya tarikan yang melibatkan penggunaan grafik dan warna.
Kandungan
·         Kewibawaan
·         Kegunaan
·         Kesaratan maklumat yang mendorong pengguna melawati berulang kali.
·         Interdisiplin, gabungan disiplin ilmu lain yang dipautkan.
Proses Pembelajaran
·        Penglibatan dengan pelajar
·         Bahan yang pelbagai

Tugasan 1 : Menilai Blog Sekolah-Sekolah

1. SK Parit Bingan, Batu Pahat, Johor
2. SK Ulu Melaka, Langkawi, Kedah
3. SK Kubang Kerian 1, Kota Bharu, Kelantan
4. SK Menumpang. Kuala Penyu, Sabah
5. SK Ulu Pelagas, Kapit, Sarawak

Sekolah Pilihan : SK KUBANG KERIAN 1, KOTA BHARU, KELANTAN  
Kandungan
Aspek ini merujuk kepada persoalan tujuan sesuatu kandungan dalam bahan sumber itu dikemukakan, tarikh ia diterbitkan dan adakah ia versi yang terbaru atau sudah lama tidak dikemas kini.

Kewibawaan
Autoriti termasuk penulisnya boleh dikenal pasti dan dipercayai.

Hakcipta
Penggunaan dokumen, grafik, imej dan lain-lain memaparkan nama pemilik hakciptanya dengan jelas. 

Kesinambungan 
Blogspot ini diselenggara dengan baik, dikemaskini dan ada maklumat tambahan terkini. 
Kebolehsambungan
Keadaan teknikal, bahan yang diakses memerlukan perisian sokongan untuk melihat teks, imej dan sebagainya. 

Konteks
Tujuan bahan tersebut bakal digunakan. Bahan menepati konteks penggunaan apabila digunakan.

Selamat Datang

Dua tiga kucing berlari,
mana nak sama si kucing hutan,
dua tiga anda dah cari,
mungkin tak sama blog Wak Sapian.

Salam perkenalan dari saya Noraini Md. Sapian  aka Wak Sapian, kini bertugas di Unit Pembangunan, JPN Kedah. Saya mengalu-alukan sebarang penyertaan dan komen anda semua untuk memeriahkan lagi blog ini.


Indah sungguh Pulau Bunian,
Nampak dari Inderagiri,
Pohon pada sahabat dan teman,
Kongsi maklumat dan info terkini.