Wednesday, June 6, 2012

JOM SOLAT !

Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun.Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia.
Kalau 80,000 tahun?

Thursday, March 29, 2012

Ada Berani ?

Mr Wichai (Tao), 24 dari Samut Songkram yang menyara hidup dengan menjual
barang-barang lama telah berkahwin dengan kembar cantik, Cik Sirintara dan Cik Thipawan, 22 dalam majlis yang diadakan serentak.Dalam majlis pertunangan sebelum perkahwinan, Encik Wichai berjaya menawarkan mas kahwin lapan baht emas dan 80.000 baht setiap seorang.Kedua-dua keluarga meraikan perkahwinan itu dengan kegembiraan.

Mereka bertiga telah berkawan sejak kecil lagi dan bila mereka besar, Encik Wichai tidak dapat memilih antara mereka.Akhirnya, Encik Wichai melamar mereka berdua dengan mengatakan "saya cinta dan ingin mengahwini kamu berdua''.Kembar itu terus bersetuju.

Walaupun banyak gosip dikalangan jiran-jiran, keluarga mereka tetap menyokong perkahwinan ini.Malah ibu pengantin lelaki telah menyiapkan dua bilik pengantin di rumah keluarga Encik Wichai.Tentang peraturan tidur dalam seminggu pula, Encik Wichai berkata, " tiga malam dengan Cik Sirintara dan tiga malam lagi dengan Cik Thipawan.Kami akan tidur bertiga di hari Ahad!" Kembar itu pernah berjanji antara satu sama lain untuk tetap hidup bersama,
begitu juga dengan pemilihan suami.

Monday, February 13, 2012

ULASAN JURNAL ICT

Salam sejahtera kawan-kawan, ini tajuk Jurnal yang wak pilih, harap jangan ada yang ambil tajuk yang sama pulak

ICT DalamPendidikan : Prospek & Cabaran Dalam Pembaharuan Pedagogi
Oleh : Robiah Sidin & Norsakinah Mohammad

Dalam era globalisasi yang berpaksikan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pembangunan pendidikan mementingkan pembudayaan dan penguasaan ICT di kalangan pelajar. Perubahan harus berlaku dalam sistem mengajar  dan belajar  di bilik-bilik darjah  yang mana pendekatan konstruktivisme adalah  digalakkan kerana  ia dapat  memupuk minat serta menggalakkan pelajar  lebih bertanggungjawab  terhadap  pembelajaran  di samping menerapkan amalan pembelajaran sepanjang hayat. Satu kajian kuasi eksperimen telah dilakukan untuk melihat kesan pencapaian ke atas pembelajaran subjek komputer yang diajar dengan kaedah perantis (pendekatan konstruktivisme) berbanding dengan kaedah tradisional (pendekatan tingkah laku). Bagi kaedah tradisional penerangan langkah demi langkah diberikan manakala bagi kaedah perantis, guru memberikan panduan ke arah menggalak dan memudahcarakan menyelesaikan masalah iaitu membina laman web secara bekerja dalam kumpulan. Dapatan  kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan ke atas pencapaian pelajar yang diajar dengan dua kaedah ini. Hasil tugasan pelajar yang diajar dengan kaedah perantis adalah lebih baik dari  sudut reka bentuk, susun atur,  pilihan warna serta semua pautannya berfungsi. Justeru, penyelidik mengesyorkan agar perubahan dibuat dalam sistem pedagogi agar konsisten dengan teori pembelajaran konstruktivisme dan diterapkan semasa latihan perguruan lagi. Penyelidikan yang menyeluruh dan berterusan  juga perlu dibuat terhadap  keberkesanan pendekatan konstruktivisme agar kesan pembudayaan ICT di kalangan generasi muda berlaku secara berkesan dan berpanjangan.

Subhanallah : ..... kemajuan teknologi pun ada batasannya, kuasa Allah SWT tiada batasan

15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.




  1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
  2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
  3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
  4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.
  5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
  6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
  7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
  8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
  9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
  10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
  11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
  12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
  13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
  14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
  15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

- Sekadar penyampaian dari artikel asal, tq. 
zaidimokhtar.com
http://silverheritage.blogspot.com/