Monday, February 13, 2012

ULASAN JURNAL ICT

Salam sejahtera kawan-kawan, ini tajuk Jurnal yang wak pilih, harap jangan ada yang ambil tajuk yang sama pulak

ICT DalamPendidikan : Prospek & Cabaran Dalam Pembaharuan Pedagogi
Oleh : Robiah Sidin & Norsakinah Mohammad

Dalam era globalisasi yang berpaksikan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pembangunan pendidikan mementingkan pembudayaan dan penguasaan ICT di kalangan pelajar. Perubahan harus berlaku dalam sistem mengajar  dan belajar  di bilik-bilik darjah  yang mana pendekatan konstruktivisme adalah  digalakkan kerana  ia dapat  memupuk minat serta menggalakkan pelajar  lebih bertanggungjawab  terhadap  pembelajaran  di samping menerapkan amalan pembelajaran sepanjang hayat. Satu kajian kuasi eksperimen telah dilakukan untuk melihat kesan pencapaian ke atas pembelajaran subjek komputer yang diajar dengan kaedah perantis (pendekatan konstruktivisme) berbanding dengan kaedah tradisional (pendekatan tingkah laku). Bagi kaedah tradisional penerangan langkah demi langkah diberikan manakala bagi kaedah perantis, guru memberikan panduan ke arah menggalak dan memudahcarakan menyelesaikan masalah iaitu membina laman web secara bekerja dalam kumpulan. Dapatan  kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan ke atas pencapaian pelajar yang diajar dengan dua kaedah ini. Hasil tugasan pelajar yang diajar dengan kaedah perantis adalah lebih baik dari  sudut reka bentuk, susun atur,  pilihan warna serta semua pautannya berfungsi. Justeru, penyelidik mengesyorkan agar perubahan dibuat dalam sistem pedagogi agar konsisten dengan teori pembelajaran konstruktivisme dan diterapkan semasa latihan perguruan lagi. Penyelidikan yang menyeluruh dan berterusan  juga perlu dibuat terhadap  keberkesanan pendekatan konstruktivisme agar kesan pembudayaan ICT di kalangan generasi muda berlaku secara berkesan dan berpanjangan.

No comments:

Post a Comment