Monday, February 13, 2012

Berseru-Seru Pada Kebaikan : HARI VALENTINE, haram ........

Esok 14 Februari bakal menjelma.. dan pada tarikh inilah Hari Valentine disambut oleh mereka yang beragama Kristian.. Di dalam Islam tidak ada sama sekali sambutan Hari Valentine. Jadi, ianya adalah sejelas-jelasnya HARAM di sisi Islam. Wahai anak-anakku dan semua orang muda Islam di luar sana, kita sebagai umat Islam dilarang untuk menyambutnya sama ada secara halus atau secara terang-terangan.

Valentine’s day atau lebih dikenali dengan.Hari Kekasih adalah khas untuk penganut agama Kristian untuk mengenang Paderi Valentine yang telah menulis surat cinta sebelum beliau dihukum mati di Penjara Rome.

Terdapat banyak sejarah sempena dengan Hari Valentine ini.. Tak perlu wak ceritakan sejarahnya di sini kerana semuanya adalah berkaitan dengan Agama Kristian.. Kalau anda nak membaca sejarahnya, boleh rujuk SINI. Apa yang penting ialah biarlah ianya disambut oleh mereka yang beragama Kristian sahaja..

Sekali lagi, wahai anak-anakku dan semua muslimin dan muslimat, jauhilah budaya sesat lagi menyesatkan ini. Mari kita tingkatkan taqwa kita sebagai muslim sejati, aminnn .......

No comments:

Post a Comment